Thursday, May 20, 2010

TIPS & PETUA 1 - BAGAIMANA LEMAK DIBAKAR



BAGAIMANA LEMAK DIBAKAR

Selama anda mengamalkan diet dan melakukan aktiviti fizikal, adakah anda tahu bagaimana sebenarnya tubuh kita membakar lemak ?. Adakah dengan memakan pil atau meminum suplemen pembakar lemak, lemak di dalam tubuh terus dibakar atau dibuang ketika membuang air besar? Atau adakah lemak di bahagian lengan dan paha anda akan diubah menjadi peluh?

Pemikiran seperti itu ternyata memang sudah menjadi pengetahuan umum. Bila kita berpeluh ketika berolahraga, maknanya lemak dibuang melalui peluh. Ini adalah satu tanggapan yang salah.

Menurut pakar Hipnoterapi, secara amnya, lemak yang berada di dalam tubuh tidak akan boleh diubah menjadi peluh atau air. Jangan terlalu mengharap tubuh anda boleh menjadi ideal hanya dengan banyak berpeluh. Jika hanya dengan berpeluh boleh menguruskan badan, tidak perlu susah payah berdiet. Berjemur saja di bawah matahari beberapa jam sehingga berpeluh setiap hari, pasti boleh kurus.

Hakikatnya lemak yang berada di seluruh tubuh hanya boleh dibuang jika tubuh memerlukan tenaga daripada makanan yang kita makan, tetapi ia telah habis digunakan.

Apabila tenaga yang biasanya diubah daripada karbohidrat ataupun gula di dalam tubuh habis, jadi lemak tubuh akan dibakar dan dibawa masuk ke dalam sel-sel otot untuk diubah menjadi tenaga. Oleh itu, ingatlah bahawa lemak memang tidak boleh diubah menjadi air atau peluh,

Tenaga dari karbohidrat atau gula yang masuk ke dalam tubuh akan habis apabila anda bangun dari tidur. Pastinya anda perasan setiap kali bangun dari tidur, perut terasa kosong dan anda berasa lapar.

Ataupun selepas anda melakukan aktiviti olahraga ringan seperti berjalan cepat, anda berasa lapar. Itu tandanya, karbohidrat dan gula di dalam tubuh sudah habis digunakan dan diubah menjadi tenaga.

Jika anda berterusan melakukan aktiviti olahraga melebihi satu jam atau sepanjang petang dan tenaga daripada karbohidrat dan gula sudah kehabiasan, barulah lemak akan digunakan dan diubah menjadi tenaga.

Oleh itu, lemak di dalam tubuh hanyalah sebagai tenaga cadangan yang tidak akan dipakai selagi tenaga dari karbohidrat dan gula dari makanan masih ada.


No comments:

Post a Comment